Blogger Widgets Blogger Widgets Produk Fesyen SOPHie Paris: June 2012

Thursday 14 June 2012

Beg Rekaan Terkini - Catalog volume 4



Koleksi Beg Astugue,Laba dan Cezens



Make your own fashion.Create your own business





Butik Sophie Paris dijangka mampu menarik perhatian pencinta dunia fesyen.
“APAKAH daya atau kuasa yang paling kuat di muka bumi ini? Kecerdikan? Kerja keras? Nasib? Bukan kesemua itu... Daya atau kuasa yang paling kuat di dunia ialah rasa cinta.
Cinta itu sendiri adalah satu kekuatan.
Jika anda mencintai apa jua yang anda lakukan, nescaya anda akan memperoleh sukses di luar jangkaan anda sendiri,” kata Bruno Hasson, pencipta, pengasas, pemilik dan pengusaha produk Sophie Paris.
Yang lebih menakjubkan Sophie Paris itu sendiri dicipta dan dipasarkan oleh Bruno di Indonesia dan menjadi produk fesyen yang pertama dipasarkan melalui sistem jualan langsung atau Multi-Level Marketing (MLM) sejak 1997. Sophie Paris Indonesia kini memiliki dua juta ahli dari Acheh sehingga ke Papua di wilayah yang paling hujung Indonesia.
Jualan produk Sophie Paris di Indonesia pernah mencecah AS$1 juta sehari dan jangka hayat rak produknya hanyalah 45 hari sahaja. Pada setiap 45 hari, Sophie Paris akan menerbitkan katalog baru dengan mencetak 300,000 naskhah buku katalog untuk lebih 400 stokisnya di seluruh Indonesia.
Pakaian dan beg tangan Sophie iaitu dua produk paling popular di Indonesia juga berubah setiap 45 hari. Ini dengan sendirinya mencetuskan keterujaan para peminat untuk menanti terbitnya katalog baru setiap 45 hari.
Kini Sophie Paris akan menerokai pasaran Malaysia dengan membuka outletnya yang pertama Januari depan.
Bruno Hasson...pemilik Sophie Paris.
Pengarah Urusan Sophie Paris Malaysia, Geoffrey Bagot ketika ditemui Mingguan mStar berkata, mereka membuat keputusan untuk menerokai pasaran Malaysia selepas menimba pengalaman di Indonesia, kemudiannya Filipina sembilan tahun yang lalu dan di Vietnam pada tahun lalu.
Di kesemua negara tersebut, Sophie Paris telah membuat impak sebagai syarikat MLM yang berjaya dan menempa nama setaraf dan setanding dengan produk-produk fesyen yang lain. Malah ia mempunyai pengikut setia yang sanggup bermati-matian untuk menjual jenama ini kepada pelanggan-pelanggan setia.
“Di Vietnam sahaja, 3,500 tetamu hadir pada majlis pembukaan Sophie Paris dan setelah membuat tinjauan pasaran, kami dapati, saiz perniagaan MLM di Malaysia adalah sebesar India, Vietnam dan Kemboja disatukan,” kata Geoffrey yang berpengalaman lima tahun bersama Sophie membuka cawangan di Vietnam dan bersama-sama membantu membina rangkaian MLM Sophie di sana.
Kini beliau telah diamanahkan untuk membina rangkaian MLM Sophie Paris di Malaysia dan Geoffrey berazam untuk tidak menghampakan bosnya Bruno. Beliau sudah pun berada di Malaysia untuk menyelia majlis pembukaan di Petaling Jaya bulan depan,.
Dengan tagline “My Fashion, My Business” model bisnes Sophie Paris di Malaysia adalah untuk memastikan setiap ahli memperolehi keuntungan yang memuaskan.
Mereka akan memperolehi enam bentuk pendapatan iaitu keuntungan runcit (20%); bonus peribadi (21%); bonus pengurus (21%); bonus pengarah (6%); bonus khas untuk pengarah (2%); hadiah khas presiden dalam bentuk – tunai, emas, syiling, barangan mewah, perjalanan ke luar negara dan juga kereta.
Sebahagian dari tas tangan wanita yang dihasilkan Sophie Paris di Indonesia.
Bonus secara total yang dapat diperolehi oleh ahli akan turut bergantung kepada jumlah jualan kumpulan secara keseluruhan.
Lebih tinggi jualan yang mampu dibuat oleh kumpulan mereka, maka lebih tinggilah pendapatan bonus ahli-ahli.
Menurut Bruno, beliau telah memperuntukkan pelaburan sehingga RM5 juta untuk cawangan Sophie Paris Malaysia dengan sasaran jualan tahun pertama sebanyak AS$5 juta.
Antara produk Sophie yang akan memasuki pasaran Malaysia kelak terdiri daripada beg tangan hitam (paling popular di Indonesia), jam tangan, beg duit, aksesori wanita, cermin mata dan juga pakaian.

INFO FROM MEDIA





Our catalogues presenting our new collections are circulated every 45 business days. It approximately contains of around 250 fashion items including trendy bags, accessories, wallets and watches. Our products are mainly designed by French professionals who are regularly updated with fashion trends in Europe. On top of that our catalogue will always serve as one of the best sales tools for your business as you have a mobile fashion shop just by keeping it with you whenever going out and meet your potential customers.  At SOPHIE, we commit to equip you with a well presented catalogue for your own business achievement with us in the long term!!

CREDITS

All pictures, logo and some of the contents are courtesy of Sophie Paris Malaysia & Sophie Paris International.